Thursday 18 July 2013

P&E: NUKILAN ILMU

Bertakwalah kamu
nescaya akan diajarkan 
Tuntutlah ilmu
diangkat darjatmu di sisi Tuhan

Ilmu ibarat cahaya purnama
dihiasi bintang penyeri angkasa
Ikhlaskan nawaitu memahaminya
susuli amalan tertiblah usaha

Di medan ini ukhuwah terjalin
seperti Junjungan dan Abi Bakrin
Maju melangkah setelah musyawarah
Ikhtilaf, hujah hanya kerana Allah

Ternukil wahyu adab nan mulia
dipertemukan Musa seorang Hamba
bila ragu segera bertanya
apakah rahsia di balik rahsia

Telusuri hikayat Al-Bukhari
Perjuangan Sarjana meruntun hati
Diusir dicerca serta dimaki
Kebenaran terbukti setelah pergi

Kembara ilmu satu pengorbanan 
Tangis dan tawa menjadi sandingan
mulanya pahit tiada tertelan
hujungnya syukur penuh kesyahduan

Bila Quran dan Sunnah menjadi teras
santun budi peribadi terhias
Samudera ilmu mengalir deras
di hati tolibul ilmi yang ikhlas

Sempena Konvokesyen UNISSA, 2012

dm, 2012
Sarjana Muda Usuluddin
Tafsir Hadith, (
2008 - 2012)UNISSA


No comments:

Post a Comment